INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Nama Penghulu : PENGHULU ARIF BIN HJ UMAR
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) :
YB Datuk Hassan Bin Abdul Rahman
Exco Pertanian Dan Pembangunan Usahawan
Merangkap Ahli Dewan Undangan Sungai Rambai

Maklumat JKKK Sungai Rambai Tengah
Nama Pengerusi Jawatankuasa : Pn. Hjh. Sarimah Binti Katimin (2016-Kini)

Blog JKKK : www.gdwsungairambaitengah.blogspot.com

Facebok Fan Page JKKK : www.facebook.com/sungairambaitengah

Motto & Lambang JKKK Sungai Rambai Tengah



Sejarah Ringkas Kampung Parit Penghulu : Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu..

Populasi Penduduk

Rekreasi & Perlancongan

Kampung Parit Penghulu terkenal dengan sosio ekonomi pertanian dan pelancongan. Di mana, terdapat banyak petak sawah padi yang seluas mata memandang serta perkhidmatan Homestay dan Kampungstay yang menjadi tarikan bagi sesiapa yang berkunjung ke kampung ini khususnya warga kota sama ada di dalam mahupun di luar negara.

1. TENGKOLOK DENDAM TAK SUDAH



Tengkolok Dendam Tak Sudah merupakan satu tarikan pelancong dari Muar ke Melaka. Tengkolok ini menjadi lambang kesetiaan dan simbol perpaduan ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka serta kebanggaan masyarakat di DUN Sungai Rambai. Tengkolok dengan ketinggian 9.09 meter dan lilitan 84.5 meter itu melayakkannya dicatatkan sebagai rekod baharu Malaysian Book of Records (MBR).

2. Laman P. Ramlee & Saloma









Laman P. Ramlee & Saloma antara tarikan pelancong di Sungai Rambai. Walaupun binaan ini belum dijangka siap sepenuhnya pada 2017, dan belum dirasmikan ia sering menjadi tumpuan para pelancong beriadah di sini melihat keindahan kawasan rekreasi yang terletak berdekatan dengan Laman Belia.

3. LAMAN BELIA & SUNGAI RAMBAI GERBANG SELATAN







Gerbang Selatan terletak berdekatan dengan sempadan negeri Johor dan antara panorama yang dapat dilihat apabila pengunjung dari Johor melalui sempadan Melaka. Laman belia menjadi tumpuan penduduk sungai rambai beriadah setiap petang di samping menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil di kawasan ini. Pada waktu malam, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk yang ingin menikmati keenakan masakan gerai luar..

4. JAMBATAN GANTUNG





Jambatan Gantung juga merupakan salah satu lagi tarikan pelancong ke Sungai Rambai. Terletak di sebelah Laman Deris iaitu bersebelahan dengan Laman Belia, jambatan gantung sepanjang lebih 50 meter ini menjanjikan panorama yang menarik dan sering menjadi tempat penggambaran bagi pengantin baru merakamkan memori indah di sini.

5. LAMAN DERIS & DEWAN RAMBAI ISTANA DERIS



Halaman Deris & Dewan Rambai Istana Deris menjadi tumpuan belia menjalankan aktiviti riadah pada setiap petang. Terdapat gelanggang futsal yang menjadi tumpuan anak muda mengeluarkan peluh setiap petang Terdapat juga gelanggang futsal dibuka pada sesi malam bagi mereka yang tidak berkesempatan beriadah di waktu petang

6. SUNGAI RAMBAI AERODOME



Sungai Rambai Aerodome juga menjadi tumpuan pelancongan di sini. Lapangan terbang kecil ini boleh menampung sehingga lebih 10 pesawat ringan mendarat dan menjadi tempat mendarat oleh pelawat dari dalam dan luar negara yang ingin ke Sungai Rambai. Lapangan terbang ini juga menjadi kawasan mendarat juruterbang amatur dari Lapangan Terbang besar Melaka. Video berkaitan Sungai Rambai Aerodome boleh ditonton di sini : https://www.youtube.com/watch?v=dOhx5SKXbG4

7. SAWAH PADI PARIT PENGHULU



Kampung Parit Penghulu terkenal dengan sosio ekonomi pertanian dan pelancongan. Di mana, terdapat banyak petak sawah padi yang seluas mata memandang serta perkhidmatan Homestay dan Kampungstay yang menjadi tarikan bagi sesiapa yang berkunjung ke kampung ini khususnya warga kota sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kawasan Keliling sawah padi digemari penduduk di sini sebagai tempat rekreasi setiap pagi & petang untuk berjoging mahupun melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal dan bersawah Video Suasana Berjalan di Sawah Parit Penghulu: https://www.youtube.com/watch?v=7QXDlhIUJXg

8. Kem Benteng Negara



Kem Benteng Negara terletak di antara antara kawasan sawah Parit Penghulu yang terbentang luas. Ia menjadi tumpuan pelancong sejak ia dibuka tahun 2012. Pelbagai aktiviti seperti family day, camping dan explorace diadakan di sini. Kemudahan aktiviti bersukan seperti kayak dan aktiviti padang juga disediakan di Kem Benteng Negara.

Kemudahan Awam


Pejabat Pos


Klinik Kesihatan Sungai Rambai


Klinik Desa




Pasar Awam Sungai Rambai


Stesyen Minyak Sungai Rambai



RTC Sungai Rambai


Dua Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Rambai (Dari Muar-Melaka, Melaka – Muar)


MASJID BESAR AL-HASANAH SUNGAI RAMBAI


Masjid Ar-Ridhuan Parit Penghulu

Pendidikan


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU


Sekolah Agama Parit Penghulu


Sekolah Kebangsaan Parit Gantong


Sekolah Agama JAIM Parit Gantong


Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai


SJK (C) Chung Hwa Sungai Rambai


Tabika Kemas Parit Penghulu

Kisah Kejayaan

Muhammad Hafiz Bin Amran
Celik IT

Umur:
20 tahun

No. Tel:
+60 11-3331 0794

Email:
kukichiBAKA@gmail.com

FB:
Kukichi artwork

Instgram:
Admiral_kukichi

Keahlian PI1M:
5/5/2010

Bentuk Celik It:
Kemahiran melukis potret/manga/komik menggunakan perisian

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Sebelum terbinanya PI1M parit penghulu, saya seorang pelajar yang kekurangan ilmu ICT dan tidak tahu menahu tentang dunia ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Saya mempunyai bakat sebagai seorang pelukis, sebelum penglibatan PI1M ,saya hanya melukis menggunakan pensel dan pen (traditional tool). Saya selalu mencari cara untuk mempertingkatkan bakat yang saya ada ini demi mencapai cita-cita yang diimpikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah saya mengetahui kewujudan PI1M, saya mula menggiatkan diri Dalam aktiviti ICT seperti melayari Youtube demi mencari cara melukis yang baru dan cara inking setiap lukisan serta jenis-jenis garisan yang perlu diketahui. Penglibatan saya ke dalam PI1M juga membongkar cara baru saya melukis iaitu penggunaan tablet lukisan untuk menghasilkan lukisan secara digital. Justeru itu, kemahiran melukis saya meningkat ke tahap yang tidak disangka.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PI1M, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih kampung parit penghulu sebagai salah satu cawangan Pi1M di Sungai Rambai yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhammad Hafiz Bin Amran:


Setelah saya menguasai teknik melukis secara digital , saya telah membuka page facebook saya sendiri demi berkongsi lukisan yang telah saya buat. Saya juga membuat komik apabila terdapatnya pertandingan online. Boleh lihat di page saya, di https://www.facebook.com/Kukichi-Artwork-420885601343839/



Merujuk gambar diatas, merupakan salah satu WIP (Work in progress) lukisan saya. Melalui penggunaan software Paint Tool Sai dan tablet lukisan, saya mampu membaiki teknik lukisan saya dengan bantuan tutorial yang sangat banyak di internet. Tutorial ini saya pelajari dari Youtube. Dengan adanya PI1M terdekat di kawasan saya, saya mempunyai akses internet yang lebih mudah bagi mengembangkan teknik lukisan saya.



Gambar diatas merupakan salah satu page komik saya yang telah siap. Ianya memakan masa 2 jam hanya untuk satu page , ini kerana ianya melibatkan proses sketching, lining, inking & toning. Akhir sekali adalah penambahan dialog serta nombor muka surat. Semua langkah ini saya belajar sendiri menggunakan youtube sebagai platform & rujukan saya.



Saya juga telah melibatkan diri ke dalam komuniti Youtube dan telah memuat naik beberapa video hasil karya dan pengeditan yang saya pelajari dari kelas PI1M. saya telah pandai mengedit serta menghasilkan video yang kreatif.


Keusahawanan

Nama Pengusaha : Suparman Bin Hj Abu
Produk : Homestay
Hubungi : 019-644 2380.


Nama Pengusaha : Rasli Bin Tumin
Produk : Batik
Hubungi : 012-339 7481


Nama Pengusaha : Sarimah Binti Katimin
Produk : Runcit
Hubungi :017-7071397


Nama Pengusaha : Norhayati Binti Rasidek
Produk : Bakul Rotan
Hubungi : -.


Nama Pengusaha : Haizat Bin Jahim
Produk : Burger
Hubungi : 013-6431181


Nama Pengusaha : Norazri Bin Ishak
Produk : Kedai Makan
Hubungi : -.