Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.

Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.

Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.

Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Parit Penghulu Benteng, Melaka

Aktiviti Terkini | 27 November 2016

Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya

Bengkel Aplikasi dan Lego(Robotik) #BAL 2016 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Serkam, Merlimau, Jasin, Melaka

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016

Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik... baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN DAN HARI TERBUKA PI1M KG. TERENTANG

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2016

Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg. Terentang bertujuan untuk merasmikan PI1M Kg. Terentang yang telah beroperasi semenjak mei 2015. Majlis ini dirasmikan oleh Yb Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhamad , Timbalan Exco Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan Dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia Dan Pelancongan Merangkap ADUN RIM dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Digi Telekomunikasi Sdn Bhd , Creative Century Management Sdn Bhd, Penduduk Kampung baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.baca selanjutnya

Jigsaw Puzzle Online

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2016 2016

Program ini bertujan Melatih daya fikiran menyelesaikan tugasan iaitu puzzle online disamping bersaing secara sihat... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya bersama KEMAS Pt Penghulu Benteng

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2016

Program ini menyumbangkan sedikit sebanyak hadiah untuk program sampingan baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer

Aktiviti Terkini | 02 & 03 Jun 2016

Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer

Aktiviti Terkini | 25 & 26 Mei 2016

Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer... baca selanjutnya

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016

Aktiviti Terkini | 18 - 19 Mei 2016

Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor... baca selanjutnya

Karnival Kerjaya & Keusahawanan

3 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dikendalikan oleh pihak Pemuda UMNO Melaka. Ini adalah salah satu program kerjasama di antara semua Pusat Internet 1 Malaysia kawasan Melaka di bawah kelolaan CCM & DiGi... baca selanjutnya

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JKKK SUNGAI RAMBAI TENGAH SERTA LATIHAN KEBAKARAN (BOMBA) & MENYELAMAT (JPAM)

20 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

JKKK Sungai Rambai Tengah dengan kerjasam PI1M Kg Parit Penghulu telah mengadakan program bersama masyarakat setempat mengadakan program khidmat masyarakat pada 20 Mac yang lalu. Aktiviti ini disertai oleh pihak BOMBA yang telah mengadakan demonstrasi keselamatan dan memadam api serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang telah melakukan demonstrasi tindakan kecemasan. Aktiviti ini dihadiri lebih 100 orang dan diakhiri dengan perasmian oleh YB Penghulu Arif Bin Umar. Majlis berakhir dengan jamuan dan cabutan bertuah dengan hadiah sedikit sebanyak disumbangkan oleh pihak PI1M.

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif">

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOLAJ SEASON 1

28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan kolaj ini memberi pendedahan kepada peserta akan teknik kolaj yang sebenar disamping mencungkil bakat & kreativiti peserta dalam mencipta kolaj yang menarik. Peserta diberikan hanya 3 jenis warna sahaja dan perlu mewarnakan gamabr sebiji bola sekreatif dan sekemas mungkin. Pemenang membawa pulang sebuah beg dan hamper.