Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.

Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.

Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.

Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


CABUTAN BERTUAH SEMPENA PELANCARAN KOSPEN PARIT PENGHULU

19 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

JKKK Sungai Rambai Tengah dengan kerjasama PI1M Kg Parit Penghulu telah mengadakan pelancaran program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) pada 19 Disember yang lalu. Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran akan kepentingan kesihatan dalam kehidupan. Program diisi dengan pertandingan masakan dan ceramah kesihatan dari doktor pakar. Pihak PI1M juga telah memberi sumbangan beberapa hadiah untuk cabutan bertuah. Majlis dihadiri tetamu khas, Penghulu Arif Bin Umar

WiFI KOMUNITI (WK) KINI TERSEDIA DI SEKITAR PARIT PENGHULU

4 Disember 2015 | Berita Terkini

Inisiatif WiFi Komuniti (WK) adalah satu program di bawah MCMC dalam menyediakan perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di lokasi-lokasi yang terpilih terumatanya kawasan luar bandar di seluruh negara.Kini hotspot WK telah wujud di sekitar PI1M Sg Rambai untuk kegunaan semua warga kampung terdekat secara PERCUMA. Klik pautan ini untuk ketahui cara mendaftar sebagai pengguna baru wifi komuniti (WK). Pendaftaran hanya sekali sahaja!

KIDS FUN FESTIVAL MELAKA

28 -29 November 2015 | Berita Terkini

Kids Fun Festival 2015 diadakan di Muzium Istana Kesultanan Melaka bersebelahan dengan Kota A' Famosa, dianjurkan oleh SG Graphic Industri. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak kurang upaya dan istimewa (AUTISME). Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti, Kid's Dance, Pertandingan Mewarna, Kids Fashion Show dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik

Program PINJAMAN NETBOOK 1 MALAYSIA

19 September 2015 | Berita Terkini

Satu program pinjaman Netbook 1 Malaysia akan dimulakan dijangka bermula pada Disember 2015. Jumlah hari pinjaman bagi pelajar sekolah ialah 15 hari, bagi dewasa 30 hari dan bagi usahawan 45 hari. Walaubagaimanapun, pinjaman bagi pelajar sekolah memerlukan borang kebenaran ibu bapa. Maklumat lanjut boleh hubungi staf PI1M di bahagian Hubungi Kami atau berkunjung terus ke PI1M Kg Parit Penghulu Benteng hari ini !!

JAMUAN HARI RAYA 2015

9 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Satu majlis jamuan hari raya diadakan dengan kerjamsa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Tengah telah diadakan. Majlis ini diadakan bersama dengan program pelancaran bulan kemerdekaan oleh YB Hassan Bin Abd Rahman, ADUN Sg Rambai, Exco Pertanian Dan Pembagunan Usahawan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran semua ahli JKKK juga penduduk setempat..baca lagi

SUKANEKA RIA 2015

22 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Sukaneka! baca lagi

SUDOKU SEASON 1

12 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Sudoku Musim Pertama telah diadakan.. Syok Woo!! baca lagi