Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.

Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.

Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.

Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Advokasi (Klik Dengan Bijak)

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2018

Dapat melahirkan pengguna yang celik teknologi (Bijak Internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri... baca selanjutnya

Program Mengacau Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Bersama KRT Taman Seri Serkam

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Program bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama, disamping untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PI dengan komuniti setempat... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Masjid Baru

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018

Hari Terbuka PI1M diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, penduduk setempat lebih mengenali PI1M dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Chabau

Aktiviti Terkini | 1 Mei 2018

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dan mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 13, 20 & 27 April 2018

Bertujuan untuk memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti latihan keusahawanan menyediakan pakej untuk bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing... baca selanjutnya

Aktiviti Membuat Folio

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2018

Melakukan aktiviti membuat folio bersama ahli PI1M dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah... baca selanjutnya

Klik dengan Bijak & E-waste

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2018

Dapat meningkatkan kesedaran tentang klik dengan bijak dan e-waste dikalangan remaja... baca selanjutnya